nuffnang

Wednesday, January 5, 2011

Coklat keping

Bahan-bahan

30 gm kepingan almond
25 gm kismis
25 gm ceri merah (dipotong kecil-kecil)
25 gm ceri hijau
30 gm cornflakes
20 gm kacang tanah (tanpa kulit)
170 gm coklat biasa
20 ml krim putar
300 gm coklat masakan (cairkan)

Cara menyediakan

1.Bakar kepingan almond dan kacang tanah di dalam oven secara berasingan sehingga kuning keemasan. Sejukkan
2.Tabur kismis, ceri merah dan hijau, cornflakes bersama kacang tanah dan kepingan almond diatas dulang yang telah diletak kertas gris.
3.Cairkan coklat masakan dan coklat biasa dengan menggunakan kaedah double boil.
4.Setelah cair masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
5.Tuangkan keatas bahan2 yang telah diletakkan didalam dulang. Tuangkan dengan cermat dan rata.
6.Kemudian biarkan sejuk sebelum dipotong mengikut saiz disukai.

SELAMAT MENCUBA...........

No comments:

Post a Comment